Utama arrow Dewan Muslimat arrow Muslimat Perlu Kehadapan Tangani Isu Wanita - Muslimat Selangor
Muslimat Perlu Kehadapan Tangani Isu Wanita - Muslimat Selangor PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITM   
Friday, 15 August 2008

IPOH, 15 Ogos – Perwakilan DMP Selangor adalah antara yang berucap awal semasa sesi ucapan penangguhan. Beliau memulakan ucapan dengan meminta semua perwakilan agar menginsafi setiap kejayaan dengan bertasbih dan memohon ampun kepada Allah SWT kerana setiap kemenangan dilalui dengan kesilapan.

“Beliau menyeru perwakilan agar berlapang dada dengan menurunkan ego masing-masing, bagi merapatkan hubungan sesama ahli agar kemenangan yang dicapai terjaga baik”.

“Selain itu, saranan DMP Selangor agar Muslimat bersikap lebih  lembut dan berhikmah dalam komunikasi harian dengan orang-orang UMNO, terutamanya  wanita UMNO,” saran beliau.

“DMP Selangor turut mencadangkan agar Muslimat lebih ke hadapan dalam menangani isu-isu yang melibatkan wanita sepertimana Dewan Pemuda menyuarakan tentangan terhadap konsert Inul Daratista dan Avril Lavinge baru-baru ini,” tambah beliau lagi.  

Di akhir penggulungan, beliau mengingatkan agar semua perwakilan bahawa,  pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang menegur dan boleh ditegur oleh ahli.

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat