Utama
Penyelarasan Gerak Kerja HALWA - Muslimat Perak PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITM   
Friday, 15 August 2008

IPOH, 15 Ogos – Ucapan penggulungan dari Perwakilan Perak mengungkapkan jutaan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir ke muktamar di negeri Perak yang julung kalinya diadakan di sini.

“Muktamar sewajarnya diberikan ruang yang luas sebagai satu medan untuk bermuhasabah dan berbahas, kerana pertemuan tahunan inilah masa untuk berkumpul secara jami’e dan berfikir sama dalam melakukan management editing dalam parti,” usul beliau dengan tegas.

“Selain itu, penyelarasan gerak kerja perlu dipertingkatkan dalam HALWA bagi mengelakkan kekeliruan, agar Dewan Muslimat sebagai pembuat keputusan manakala di peringkat HALWA sebagai pelaksana.

“Teguran agar tidak menggunakan perkataan “idola” dalam teks ucapan tema Muktamar Dewan Muslimat juga di selitkan, kerana ianya membawa maksud yang kurang baik.  Tegurannnya diambil dari salah satu hujah dalam kuliah Tuan Guru dalam salah satu ceramahnya”.

”Nisa’ juga disarankan agar tidak hanya menghabiskan masa dengan aktiviti sukan dan reakrasi sahaja, sebalknya penumpuan terhadap aktiviti berbentuk pendidikan juga perlu di perhalusi bersama”.

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat