Utama arrow Dewan Muslimat arrow Menambah, Menghidupkan Cawangan - Muslimat Johor
Menambah, Menghidupkan Cawangan - Muslimat Johor PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITM   
Friday, 15 August 2008

IPOH, 15 Ogos – Perwakilan dari Johor dalam ucapan penangguhannya menyatakan bahawa 'tsunami' kemenangan dalam Pilihan Raya ke 12 yang lepas jarang sekali berlaku.

“Sebagai pendokong parti, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi Pilihan Raya akan datang dalam mempertahankan kemenangan," ujurnya dalam di awal penggulungan.

“Muslimat Johor mencadangkan beberapa cadangan seperti mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat, memperkasakan Kelab Penyokong PAS serta mempergiatkan kempen pendaftaran untuk menambah bilangan ahli PAS,” suara beliau.

“Penambahan lagi cawangan yang sedia ada di cadangkan serta menghidupkan aktiviti di cawangan tersebut, bukannya menambahkan dewan seperti usul penubuhan Dewan Mujahidah yang ‘hangat’ dibahaskan semalam”.
 
”Selain itu, sebagai ahli Pas sumbangan tenaga dalam melahirkan generasi pelapis di pertingkatkan”.
 
”Justeru, Dewan Muslimat Johor menyeru semua perwakilan memantapkan barisan kepimpinan dan menjauhi fitnah sesama ahli bagi memperkuatkan  hubungan yang lama terbina,” akhir penggulungan beliau.

 
Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat