Utama
Pelancaran Harakah 2 kali Seminggu PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITM   
Saturday, 16 August 2008
IPOH, 15 Ogos – Majlis Ucapan Dasar dan Perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke-54 turut diserikan dengan pelancaran Harakah 2 kali seminggu yang disempurnakan oleh Tuan Guru Presiden PAS.

Gimik pelancaran yang cukup unik menonjolkan ’Warkah Pengisytiharan Harakah’ dibawa dengan sebuah motosikal klasik C70 keluaran 1971 dari luar stadium ke pantas.

Warkah tersebut kemudiannya dibaca oleh Tuan Haji Mustaffa Ali selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah.

Tuan Guru Presiden kemudiannya menyampaikan senaskah Harakah dan Warkah kepada setiap Pesuruhjaya PAS Negeri-Negeri.

Simbolik penyerahan tersebut bertujuan agar ahli PAS di semua peringkat negeri akan meneruskan sokongan mereka kepada Harakah dengan membeli dan membaca akhbar rasmi parti tersebut.

Montaj pelancaran Harakah ditayangkan, bagi memeriahkan majlis yang mengisahkan perjuangan Harakah mula diterbitkan pada tahun 1987 sehinggalah pada bulan Mac 2008.

Sehingga Harakah mendapat permit untuk diterbitkan kembali 2 kali seminggu. Sebagai meluaskan lagi bidang perkhidmatan Harakah, Tabung Kemiskinan Harakah telah ditubuhkan dalam tahun 1999 untuk membantu golongan yang susah.

Selain itu, sesuai dengan perkembangan teknologi semasa dan kemahiran serta kemampuan masyarakat menguasai teknologi komunikasi maklumat (ICT), pihak pengurusan Harakah telah mengambil langkah bijak dengan mewujudkan laman akhbar maya iaitu Harakahdaily.net.

Harakahdaily kini adalah antara akhbar alternatif yang mendapat kunjungan paling ramai pembaca. Di samping menyalurkan maklumat menggunakan Sistem pesanan Ringkas (SMS) berdaftar kepada ahli dan bukan ahli.

Harapan daripada pelancaran tersebut akan menjadikan Harakah sumber utama media parti kepada ahli dan bukan ahli.

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat