Utama
Muqabalah, protes minyak isu muktamar Pemuda
Ditulis Oleh Abdul Rahim Sabri   
Tuesday, 05 August 2008
 
Isu rundingan PAS-Umno dan kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat dijangka akan memanaskan muktamar Dewan Pemuda PAS minggu depan. Selain itu, pembabitan parti Islam dalam Protes membantah kenaikan harga minyak dan pilihanraya kecil Permatang Pauh turut mewarnai perbahasan, kata setiausaha dewan itu Ahmad Sabki Yusof ketika dihubungi Malaysiakini
Baca Lagi...
 
Muktamar PAS kembalikan nostalgia
Ditulis Oleh Abdul Rahim Sabri   
Monday, 04 August 2008
 
 
Setelah usianya mencecah enam dekad, PAS kali ini mengadakan muktamarnya ke-54 dalam suasana "kemenangan besar" selepas pilihanraya umum Mac lalu di negeri kelahirannya Perak.
Baca Lagi...
 
Muktamar terbuka untuk wartawan
Ditulis Oleh Siasahdaily   
Friday, 01 August 2008

 

 
IPOH, 1 Ogos - Walaupun muktamar PAS kali ini dijangka akan panas dengan pelbagai isu yang sedang berlaku sekarang, ia akan dibuka sepenuhnya kepada wartawan. Orang ramai juga boleh mengikuti siaran secara langsung muktamar ini melalui webtv. 
Baca Lagi...
 
Persiapan Muktamar PAS ke-54 di peringkat akhir, Perak janjikan kejutan
Ditulis Oleh Wan Nordin dan Azamin Amin | Foto Nasir Sudin   
Friday, 01 August 2008
 
 
IPOH, 1 Ogos - Persiapan PAS Perak bagi menganjurkan Muktamar PAS ke-54 yang akan diadakan di Bandaraya Ipoh bermula 13 Ogos ini di peringkat akhir, dan muktamar kali ini menjanjikan kejutan. Petugas-petugas yang ditemui di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak kini semakin sibuk dengan persiapan di peringkat akhir menjelang Mukmatar PAS kali ke-54.
Baca Lagi...
 
Amy Seach akan muncul di Muktamar PAS 54 di Ipoh
Ditulis Oleh Tranungkite Online   
Wednesday, 23 July 2008

 Amy Search akan  muncul di Ipoh sempena Muktamar PAS 54 yang akan diadakan di Stadium Indra Mulia pada pertengahan Ogos ini nanti.

Demikian dimaklumkan oleh Saudara Badrain selaku ketua Jawatankuasa Pelaksana Muktamar tersebut. Sekretariat Jamaei akan menguruskan program tersebut yang diberi nama Malam Expresi Kesenian Islam.

 

Baca Lagi...
 
Usul Muktamar DMPP dijangka panas
Ditulis Oleh Saidah Hairan   
Saturday, 19 July 2008

KUALA LUMPUR, 18 Julai  - Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) kali ke-48 akan berlangsung di Dewan Hotel Hill City Ipoh, Perak pada 14 Ogos bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang.

Pengerusi Muktamar, Wan Hasrina Wan Hassan menjelaskan Muktamar akan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Baca Lagi...
 
Muktamar PAS 15 Ogos di Ipoh
Ditulis Oleh Siasahdaily   
Saturday, 12 June 2004

KUALA LUMPUR, 1 Jun - Muktamar Tahunan PAS ke 54 akan diadakan pada 13, 14 & 15 Syaaban 1429 bersamaan 15, 16 & 17 Ogos 2008 bertempat di Dewan Stadium Indra Mulia, Ipoh, Perak Darul Ridzuan, kata Dato’ Kamarudin Jaffar, Pengerusi Muktamar PAS ke 54 yang juga Setiausaha Agung PAS.

Muktamar Dewan Ulamak diadakan pada 13 & 14 Ogos bertempat di Dewan Bandaran Ipoh, manakala Muktamar Dewan Pemuda di Stadium Indra Mulia dan Muktamar Dewan Muslimat di Institut Tadbiran Islam Negeri (INTIM) pada tarikh yang sama.

Dijangka 10,000 orang akan menghadiri Muktamar kali ini, kerana ini julung kali PAS mengadakan Muktamar dalam suasana lima negeri telah diperintah oleh Pakatan, kata Kamarudin.

Untuk memudahkan Urusan Muktamar saya menyeru kepada semua perwakilan yang ingin bantuan penempatan dan penginapan boleh hubungi Saudara Salman Salleh h/p : 013-3848044, katanya.

Bagi melicinkan perjalanan Muktamar diminta perwakilan kawasan-kawasan membuat tempahan awal, seru beliau.

Manakala untuk tempahan gerai jualan boleh menghubungi urusetia gerai Saudara Junus Mohamad h/p : 019-5589582, Saudara Mat Razali h/p : 019-5730243 dan Saudara Shamsul Effendey h/p : 019-5538771.

“Gerai adalah terhad,” tegas Kamarudin dalam kenyataannya.

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 Selepas > End >>

Akhir 113 - 119 daripada 119
© 2017 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat